Monday , 25 November 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Kempen Tidak Terbatas Secara Fizikal
Politik

PRK Nenggiri: Kempen Tidak Terbatas Secara Fizikal

PRK Nenggiri: Kempen Tidak Terbatas Secara Fizikal

Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkempen untuk calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri di Kampung Jeram Tekoh hari ini.

— fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

GUA MUSANG, 7 Ogos (Livevartha) — Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tidak hanya terbatas secara fizikal, malah turut dilakukan melalui media sosial secara meluas.

Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata penggunaan media sosial banyak membantunya dalam mendekati pengundi, terutamanyagolongan muda keranaDUN berkenaan berkeluasan hampir sama dua negeri Melaka.

Malah, Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu berkatagerak kerjanya sebagai ahli politik melalui media sosial telah dimulakannya sejak 2018 lagi, enam tahun sebelum penamaan calon PRK DUN itu.

“Saya sebenarnya dah aktif dalam media sosial sejak 2018 lagi dan kebanyakan pengundimuda di sini tahu kerja saya.

“Pengundi muda di sini sebanyak61 peratusdan ia (media sosial) cukup membantu dalam gerak kerja bagi memastikan saya mendapatundi anak muda,” katanyakepada pemberita selepas bersama Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika beramah mesra dengan pengundi Jeram Tekoh di sinihari ini.

PRK itumenyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azmawi Fikri mewakili Kerajaan Perpaduan dan wakil Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

Mengulas mengenai kempen yang masuk hari kelima hari ini, beliau berkata setakat ini dia telah menyantuni pengundi di kesemua 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) Nenggiri.

“Pusingan pertama sudah selesaisebab saya diumumkan sebagai calon lebih awal, itu kelebihan pada saya untuk bergerak lebih awal. Kerja saya adalah berjumpa dengan seramai mungkin pengundi.

“Setakat ini saya dah pergi ke semua PDM,sekarang masa untukpusingan kedua dan ketiga,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos, manakala hari mengundi awal pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi terlibat memilih mengundi secara pos susulan keperluan mereka bertugas sepanjang tempoh kempen.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...