Friday , 20 September 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Pengundi Perlu Ambil Peluang, Beri Isyarat – Bung Moktar
Politik

PRK Nenggiri: Pengundi Perlu Ambil Peluang, Beri Isyarat – Bung Moktar

PRK Nenggiri: Pengundi Perlu Ambil Peluang, Beri Isyarat – Bung Moktar

Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkempen untuk calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri di Kampung Jeram Tekoh hari ini.

GUA MUSANG, 7 Ogos (Livevartha) — Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri perlu mengambil peluang padaPilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu untuk memberiisyarat kepada kerajaan negeri pimpinan PAS, bahawa mereka mahukan perubahan ke arah kepimpinan yang lebih baik.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata beliauyakin sekiranyakeputusan PRK itu memihak kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.

"Kita (BN) berhadapan dengan masalah selagi Kelantan ditadbir oleh kerajaan negeri (PAS)…seperti isu tanah. Apa pun pembangunan yang kerajaan Persekutuan bawa apabila tiada tanah ia tidak dapat dilaksanakan.

"Oleh itu, untuk merubah polemik politik di Kelantan perlu bermula di DUN Nenggiri, jika menang baru kita boleh buat strategi pembangunan di Kelantan secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama Mohd Azmawi Fikri beramah mesra dengan pengundi di Kampung Jeram Tekoh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah yakin Mohd Azmawi Fikri, yang turut dikenali sebagai Awie,boleh menyelesaikan masalahdihadapi rakyatdi DUN Nenggiri berdasarkan kewibawaannya yang sudah lama berkhidmat dengan penduduk di kawasan terbabit.

"Saya yakin masalah akan dapat diselesaikan Mohd Azmawi Fikri sedikit demi sedikit kerana perlu ingat rakyat memerlukan sentuhan daripada wakil rakyat," katanya.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi susulan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim yang digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

PRK itu yang bakal berlangsung Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antaraMohd Azmawi Fikri mewakili Kerajaan Perpaduan berdepanwakil Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...