Wednesday , 13 November 2024
Home Politik PRK Nenggiri: Draf Manifesto BN Di Peringkat Akhir – Awie
Politik

PRK Nenggiri: Draf Manifesto BN Di Peringkat Akhir – Awie

PRK Nenggiri: Draf Manifesto BN Di Peringkat Akhir – Awie

Calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.43 Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani ditemui media selepas proram Ziarah Mesra Komuniti ketika berkempen sempena PRK DUN N.43 Nenggiri di sebuah kedai makan di Sungai Terah, Gua Musang hari ini.

GUA MUSANG, 7 Ogos (Livevartha) — Draf manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sudah di peringkat akhir dan akan diumumkankepada pengundi dalam masa terdekat.

Calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang lebih mesra disapa Awieberkata antara perkara yang akan ditekankan dalam manifesto tersebut adalah dari sudut modal insan, ekonomi tempatan dan perumahan generasimuda.

“Saya sudah ada draf manifesto, saya perlu menunggu dua atau tiga perkara lagi untuk dimasukkan,” katanya ketika ditemui Livevartha di LadangPerbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan(SEDC) Sungai Terah, hari ini.

Hari ini masuk hari kelima kempen PRK berkenaan yang akan berlangsung Sabtu ini, menyaksikan Mohd Azmawi sebagai wakilKerajaan Perpaduan berdepan pesaingnya daripadaPerikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding menggunakan logo PAS.

Selain manifesto, menurutnya sepanjang tempoh berkempenjuga, beliau memanfaatkan pengalamannya dalamarena politik bagi memenangi kepercayaan segenap lapisan masyarakat Nenggiri.

“Semestinya kalau saya dipilih, saya akan menjadi ‘jambatan’ kepada kerajaan Persekutuan dalam berjuang masalah rakyat Nenggiri.

“Meskipun saya akan berperanan dalam proses semak imbang dalam DUN, namun saya juga bertanggungjawabmembawa isu-isu Nenggiri ke kerajaan Persekutuan,” katanya.

PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...