Friday , 20 September 2024
Home Politik PH Selangor Sedia Bincang Cadangan UMNO Diberi Kerusi Di Kota Raja
Politik

PH Selangor Sedia Bincang Cadangan UMNO Diberi Kerusi Di Kota Raja

PH Selangor Sedia Bincang Cadangan UMNO Diberi Kerusi Di Kota Raja

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (kiri) semasa ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Datuk Menteri Besar Selangor Tahun 2024 di Padang Kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam hari ini.

KUALA SELANGOR, 6 Ogos (Livevartha) — Pakatan Harapan (PH) Selangor sedia berbincang dan mempertimbangkan cadangan UMNO untuk diberikan sekurang-kurangnya satu kerusi di Bahagian Kota Raja padaPilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu boleh dimuktamadkan dalam mesyuarat sebagai rakan kongsi Kerajaan Perpaduan dan diangkat sehingga ke peringkat Majlis Presiden.

“Perkara itu perlu dibincangkan sebab kita akan berdepan dengan pilihan raya sekitar tahun 2027 atau 2028. Ia perlu dipertimbangkan sebagai rakan kongsi Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2024 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor itu juga meminta rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan agar tidak 'melatah' dengan cadangan yang diusulkan dalam mesyuarat UMNO bahagian itu.

Pada 4 Ogos lepas, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menyokong cadangan supaya parti berkenaan diberikan sekurang-kurangnya satu daripada empat kerusi di Bahagian Kota Raja dalam mendepani pilihan rayaakan datang.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan diutarakan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja itu sesuai dengan realiti politik semasa yang dibina atas dasar kesefahaman antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Empat kerusi berkenaan ialah di Parlimen Kota Raja dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaituSentosa, Sungai Kandis dan Kota Kemuning.

— Livevartha

Related Articles

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17
Politik

BN Sabah perhalusi kerjasama dengan PH menjelang PRN17

BUNG Moktar Radin (dua kiri) semasa hadir mempengerusikan Mesyuarat UMNO Sabah di...

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah
Politik

PRK Mahkota: Syed Hussien dapat sokongan padu Amanah

MAHFUZ OMARALOR SETAR: Parti Amanah Negara (Amanah) memberi jaminan menyokong sepenuh­nya calon...

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini
Politik

PRK Mahkota: PN umum calon malam ini

MUHYIDDIN YASSINKLUANG: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan calon yang mewakili parti itu...

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat
Politik

PRK Mahkota: Wanita UMNO kecewa, namun tetap semangat

PENGERUSI Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan...