Home Pasaran Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 7 Ogos(Livevartha) — Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur pada Rabu susulan kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran dalam persekitaran kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Peniaga minyak sawitDavid Ng berkata faktor berkenaan juga menjadikan sentimen pasaran kekal berhati-hati.

“Berikutan itu, kami melihat parassokongan harga pada RM3,650 manakala rintangan pada RM3,820 satu tan," katanya kepada Livevartha.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata harga niaga hadapan komoditi itu disokong oleh pemulihan pasaran tenaga selain peningkatan niaga hadapan minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) selepas mencecah paras terendah semalam.

Selain itu, penyusutan ringgit turut menyuntik sokongan tambahan kepada niaga hadapan MSM dalam denominasi ringgit, katanya.

“Namun, niaga hadapan minyak sayuran China yang lebih rendah dan kelemahan minyak soya CBOT dan komoditi itu ketika waktu dagangan Asia, telahmengehadkan keuntungan minyak sawit," katanya kepada Livevartha.

Sewaktu ditutup, kontrak Ogos 2024 susut RM29 kepada RM3,800 satu tan;September 2024 turun RM15 kepada RM3,763 satu tan manakalaOktober 2024 berkurangan RM8 kepada RM3,697 satu tan.

Kontrak November 2024 naik RM2 kepada RM3,673 satu tan, Disember 2024 menokok RM7 kepada RM3,669 satu tan manakala Januari 2025 meraih RM11 kepada RM3,679 satu tan.

Related Articles

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Dengan Cenderung Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Dengan Cenderung Meningkat

Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 28...

Niaga Hadapan Emas Dijangka Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan
Pasaran

Niaga Hadapan Emas Dijangka Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 28 Jun (Livevartha)...

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Ketika Trump Perhebat Tekanan Ke Atas Fed
Pasaran

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Ketika Trump Perhebat Tekanan Ke Atas Fed

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif KUALA LUMPUR, 26 Jun(Livevartha) —...

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Dengan Cenderung Meningkat
Pasaran

Bursa Malaysia Ditutup Kukuh Dipacu Sentimen Pasaran Yang Meningkat

Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal Danial Donald KUALA LUMPUR, 26...