Home Pasaran Bursa Malaysia Imbangi Kejatuhan Awal, Catat Kenaikan Sedikit Pada Tengah Hari
Pasaran

Bursa Malaysia Imbangi Kejatuhan Awal, Catat Kenaikan Sedikit Pada Tengah Hari

Bursa Malaysia Imbangi Kejatuhan Awal, Catat Kenaikan Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Ogos(Livevartha)–Bursa Malaysia mengimbangi kejatuhan awal untuk catat kenaikan sedikit pada sesi tengah hari di tengah-tengah urus niaga yang tidak menentu apabila pembelian diselangi dengan penjualan dalamsaham-saham berwajaran tinggi.

Pada12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.16 mata atau 0.01 peratus, kepada 1,592.03 daripada 1,591.87 ketika ditutup pada Rabu.

FBM KLCI dibuka 5.91 mata lebih rendah pada 1,585.96 dan bergerak antara 1,579.69 dan 1,592.89 semasa sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung575 kepada395, manakala 445 kaunter tidak berubah, 1,028 tidak diniagakandan sembilan lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.66 bilion unit bernilai RM1.52 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, walaupun pasaran kekal bimbang terhadap insiden meminjam yen dengan kadar faedah rendah dan dilabur dalam aset yang menjana pulangan, minat belian dijangka meningkat memandangkan kenyataan daripada Bank of Japan yang kurang agresif.

"Walaupun prestasi Wall Street semalaman yangnegatif, kami percaya tempoh pembelian oleh pembeli institusi adalah semakin dekat jika terdapat tekanan jualan lagi di peringkat tempatan," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Ia berkata saham-saham dalam sektor pembinaan, hartanah, dan teknologi mendapat manfaat daripada tema pusat data yang makin berkembang di tengah-tengah keadaan terlebih jual.

"Selain itu, kami menggemari sektor kewangan kerana ia menyediakan hasil dividen yang baik pada fasa jualan semasa.

Related Articles

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS
Pasaran

Ringgit Dibuka Rendah Susulan Peningkatan Data AS

Oleh Abdul Hamid Abdul Rahman KUALA LUMPUR, 28 Mei (Livevartha) — Ringgit...

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran
Pasaran

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kurang Berita Penggerak Pasaran

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) — Bursa Malaysia...

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya
Pasaran

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Selepas Pengukuhan Minyak Kacang Soya

Oleh Siti Noor Afera Abu KUALA LUMPUR, 27 Mei (Livevartha) –Kontrak niaga...