Home Nasional Tubuh pasukan khas laksana pelan keselamatan jalan raya – Aktivis
Nasional

Tubuh pasukan khas laksana pelan keselamatan jalan raya – Aktivis

Tubuh pasukan khas laksana pelan keselamatan jalan raya – Aktivis

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) perlu diperkasa bagi membendung kes kemalangan jalan raya, seiring saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk itu, aktivis keselamatan jalan raya, Shahrim Tamrin mencadangkan Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi berkaitan agar pasukan khas ditubuh untuk melaksanakan Pelan Keselamatan Jalan Raya bagi tempoh tujuh tahun akan datang.

Jelasnya, tumpuan perlu diberi terhadap lima daerah yang mencatat rekod kematian terburuk di Malaysia.

\”Mohon lindungi MKJR tanpa berlengah lagi bagi mengelakkan MKJR dibatalkan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Malaysia akibat kegagalan tiada MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) sejak 2019.

\”Berhubung dan bekerjasama dengan semua MKJR Negeri dan NGO (badan bukan kerajaan) berkaitan untuk menjadikan usaha selamatkan nyawa di jalan raya sebagai satu perkara yang menarik dalam kalangan orang ramai.

\”Melibatkan ahli-ahli MKJR yang berpengetahuan dan berpengalaman luas untuk berkomunikasi kepada media dan masyarakat di setiap negeri serta melibatkan MKJR turut sama di dalam jawatankuasa peringkat Kabinet mengenai keselamatan dan kesesakan jalan raya.

\”Mendapatkan khidmat nasihat ‘campaign manager’ (urus kempen) untuk melaksanakan pelan komunikasi berkesan bagi jangka pendek (setahun), jangka sederhana (tiga tahun) dan jangka panjang (sehingga tahun 2030),\” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Perdana Menteri melahirkan kebimbangan jumlah nahas jalan raya tahun lalu yang melebihi 600,000.

Anwar turut memberi nasihat kepada ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti anak masing-masing terutama yang masih di bawah umur agar mereka dapat menunggang atau membonceng motosikal dengan cermat serta selamat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....