Home Nasional Kes pelajar tidak sedarkan diri, tiada dadah dalam vape mangsa – Polis
Nasional

Kes pelajar tidak sedarkan diri, tiada dadah dalam vape mangsa – Polis

Kes pelajar tidak sedarkan diri, tiada dadah dalam vape mangsa – Polis

Mohd Khairi Khairudin

KUALA TERENGGANU, 8 Ogos- Tiada bahan terlarang serta kesan dadah dalam rokok elektronik atau vape yang dihisap seorang pelajar di Terengganu sehingga tidak sedarkan diri, akhir bulan lalu.

Ia selepas laporan diterima daripada Jabatan Kimia pada Selasa lalu berhubung sampel yang diambil daripada tubuh pelajar Tingkatan Empat dari sebuah sekolah menengah di Kemaman.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, keadaan pelajar terbabit kini stabil namun masih menerima rawatan di hospital kerana menghidap penyakit sawan.

Ketika ini, pihak hospital masih menyiasat punca pelajar tersebut menghidap sawan.

Berdasarkan laporan Jabatan Kimia, katanya, pelajar itu tidak boleh disabitkan dengan kesalahan termasuk dikenakan tindakan dibawah Akta Dadah.

\”Di pihak polis, tidak ada apa yang boleh kami sabitkan di bawah (mana-mana) kesalahan.

\”Kami akan perketat (pemantauan di kedai vape). Memang sebelum-sebelum ini kita buat (pemantauan) di seluruh negeri melibatkan kotinjen lain juga, berkenaan \’mushroom vape\’ ini.

\”Ada buat rampasan dan dikenakan tindakan di bawah Akta Dadah,\” katanya ketika Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri, di pekarangan Wisma Persekutuan, di sini, hari ini.

Pada akhir bulan lalu, media melaporkan seorang pelajar dilaporkan tidak sedarkan diri selepas dipercayai menghisap vape, 22 Julai lalu.

BERITA BERKAITAN

  • Pelajar tingkatan empat kritikal akibat hisap \’vape\’
  • Polis tunggu laporan perubatan pelajar tidak sedarkan diri dipercayai akibat vape
  • Penggunaan \’vape\’ dalam kalangan remaja bawah umur meningkat- Dr. Dzulkefly

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....