Tuesday , 24 December 2024
Home Nasional Pendirian Malaysia sokong Palestin tidak jejaskan pelaburan E&E – Anwar
Nasional

Pendirian Malaysia sokong Palestin tidak jejaskan pelaburan E&E – Anwar

Pendirian Malaysia sokong Palestin tidak jejaskan pelaburan E&E – Anwar

Foto FB Anwar Ibrahim

KULIM, 8 Ogos- Perbezaan pendirian membabitkan isu Palestin tidak menjejaskan pelaburan industri elektrik dan elektronik (E&E) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun berbeza pendirian berhubung soal Gaza, namun Malaysia akan menjaga kepentingan pelaburannya.

\”E&E baik export ke AS 26 peratus daripada \’requirements AS is huege\’ (persyaratan AS sangat besar).

\”Sebab itu walaupun pendirian kita dalam soal Gaza itu keras dan berbeza, bertentangan dengan AS, tetapi daripada segi pelaburan, ia jugak jaga kepentingan dia dan kita jugak jaga kepentingan kita,\” katanya ketika sesi pembukaan dalam libat urus Belanjawan 2025 Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bersama 70 pemain industri E&E di SilTerra, di sini.

Menurutnya, Canselor Jerman, Olaf Scholz juga memberi jaminan sokongan terhadap pelaburan besar kilang teknologi pembuatan canggih mereka di Kulim.

Hadir sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...