Friday , 20 September 2024
Home Nasional Dua penggiat seni di Sarawak terima bantuan
Nasional

Dua penggiat seni di Sarawak terima bantuan

Dua penggiat seni di Sarawak terima bantuan

Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan kepada Hazzuki Hazmi

KUCHING, 8 Ogos- Dua orang penggiat belakang tabir seni kreatif di Sarawak menerima sumbangan menerusi program penyerahan bantuan sempena Ziarah Seni MADANI FINAS hari ini.

Penyerahan bantuan kepada Hazzuki Hazmi (pelakon dan kru) yang menghidap kanser perut tahap empat dan Talaha@Taha Yan (strok tahap empat) itu disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datin Rozita Waty Ridzuan memaklumkan program itu adalah kerjasama pihaknya bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Justeru penggiat seni di Sarawak digalakkan agar membuat caruman PERKESO bagi memastikan kebajikan terjaga dan keselamatan dilindungi.

“Kita amat menggalakkan penggiat seni untuk segera mendaftarkan caruman menerusi agen korporat PERKESO iaitu Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA).

“Atas inisiatif tersebut, FINAS berbesar hati menaja seramai 4,500 penggiat seni dengan caruman RM23.30 setahun di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mencarum pada tahun ini,” katanya,\” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bantuan Sempena Ziarah Seni Madani FINAS di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Hazzuki menerima inisiatif pencen melalui SKIM Pencen llat PERKESO, hasil inisiatif beliau mencarum secara sukarela semasa masih aktif menjadi penggiat seni dan turut menerima baucer bayaran faedah barangan keperluan kesihatan.

Talaha pula menerima Bantuan Ilat PERKESO dan sumbangan barangan keperluan lain.

Sementara itu, Hazzuki, 54, ketika ditemui merakamkan penghargaan kepada pihak kementerian, FINAS dan PERKESO atas bantuan yang diberikan kepadanya.

0808 FAHMI ZIARAH SENI MADANI 2
Fahmi Fadzil menyampaikan sumbangan kepada anakTalaha@Taha Yan

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...