Home Nasional Kementerian Komunikasi teliti kaedah tingkat pendapatan pengamal media
Nasional

Kementerian Komunikasi teliti kaedah tingkat pendapatan pengamal media

Kementerian Komunikasi teliti kaedah tingkat pendapatan pengamal media

Fahmi Fadzil

KUCHING, 8 Ogos- Kementerian Komunikasi sedang meneliti kaedah untuk membantu meningkatkan pendapatan golongan pengamal media di negara ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, ini termasuk mengenal pastipetugas media yang bekerja dengan syarikat swasta untuk mendapat manfaat daripada dasar gaji progresif yang dilaksanakan oleh kerajaan.

\”Mekanisme dasar gaji progresif ini sudah ada. Kerajaan memperuntuk RM50 juta sebagai insentif untuk syarikat yang turut serta dan kita jangka ia dapat membantu sehingga sejuta pekerja,\” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan bersama ahli-ahli Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) di sini hari ini.

Sementara itu, Fahmi meminta Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) membantu Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dalam mengenal pasti pengamal media yang terkesan akibat masalah kesihatan dan kehilangan pekerjaan untuk dibantu di bawah Tabung Kasih@HAWANA.

Jelasnya hampir 500 orang telah dibantu di bawah tabung itu yang diwujudkan sejak 2023 bagi menyantuni wartawan dan petugas media sama ada masih dalam perkhidmatan mahupun sudah bersara, yang uzur atau memerlukan bantuan.

\”Kalau boleh pihak KDJA membantu Bernama mengurus bantuan Tabung Kasih@HAWANA untuk memastikan rakan-rakan media yang terkesan akibat pelbagai isu, kurang sihat atau kehilangan pekerjaan mendapatkan bantuan dengan segera,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....