Wednesday , 25 December 2024
Home Nasional MCMC sekat 10,423 laman sesawang sejak Januari 2022
Nasional

MCMC sekat 10,423 laman sesawang sejak Januari 2022

MCMC sekat 10,423 laman sesawang sejak Januari 2022

MCMC

PUTRAJAYA, 8 Ogos- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan sejumlah 10,423 laman sesawang telah disekat susulan pelanggaran undang-undang dari 1 Jan 2022 hingga 1 Ogos lepas.

Kenyataan MCMC hari ini menyebut daripada jumlah itu, sebanyak 95.7 peratus laman sesawang yang disekat adalah terdiri daripada lima kategori utama iaitu perjudian dalam talian (4,484 laman) diikuti pornografi (3,271), pelanggaran hak cipta (1,654), scam atau pelaburan haram (316) dan pelacuran (249).

\”Dalam tempoh lima tahun, jumlah sekatan laman sesawang yang mempunyai kandungan kemudaratan dalam talian tertinggi direkodkan pada 2021 iaitu sebanyak 6,571, bagaimanapun jumlah ini menunjukkan trend penurunan hingga Ogos 2024 (2,127),\” menurut kenyataan.

Menurut suruhanjaya itu, sekatan yang dilakukan adalah mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta undang-undang di bawah bidang kuasa agensi penguatkuasaan lain antaranya Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Suruhanjaya Sekuriti.

Dalam konteks lebih besar, sekatan laman sesawang itu turut mengekang jenayah lain seperti pemerdagangan manusia, pengantunan kanak-kanak, penjualan bahan terlarang seperti dadah dan jenayah terancang.

Bagi memastikan sekatan kekal berkesan dan selari dengan perkembangan teknologi, MCMC komited bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan tempatan bagi menambah baik serta memperkukuh langkah pencegahan dan perlindungan termasuk dalam aspek pengurusan Sistem Nama Domain (DNS).

\”Kerjasama MCMC dan penyedia perkhidmatan dapat memastikan persekitaran dalam talian yang selamat seterusnya menjamin keselamatan segenap lapisan pengguna,\” menurut kenyataan.

Usaha itu juga selaras dengan 10 Matlamat Dasar Kebangsaan di bawah AKM 1998 termasuk menjamin keselamatan maklumat serta kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

Menurut MCMC, usaha itu juga memerlukan pendekatan holistik keseluruhan negara daripada segenap lapisan masyarakat untuk tidak melangkaui mekanisme perlindungan tersedia yang boleh memberi kesan negatif kepada diri serta keluarga, khususnya remaja dan kanak-kanak.

Related Articles

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan
Nasional

JPS komited perkukuh tebing sungai, atasi masalah hakisan

Foto FailKUALA LUMPUR, 24 Disember– Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) terus...

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh
Nasional

Tujuh maut dalam kemalangan di Ayer Keroh

Kemalangan di kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dari Ayer Keroh...

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan
Nasional

Enam maut nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

Enam individu maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), bas...

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024
Nasional

KPDN Pulau Pinang pantau SHMMP Krismas 2024

Exco Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar negeri, Datuk Rashidi Zinol /...