Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Harga diesel di Semenanjung turun kepada RM3.30 seliter bermula esok
Perniagaan

Harga diesel di Semenanjung turun kepada RM3.30 seliter bermula esok

Harga diesel di Semenanjung turun kepada RM3.30 seliter bermula esok

Harga runcit diesel di Semenanjung turun kepada RM3.30 seliter bermula esok hingga 14 Ogos 2024

KUALA LUMPUR, 7 Ogos– Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak lima sen kepada RM3.30 seliter bagi tempoh 8 Ogos hingga 14 Ogos 2024.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, keputusan untuk mengurangkan harga bahan api itu sejajar penurunan harga pasaran minyak global.

Manakala, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan, kekal pada RM2.15 seliter.

Selaras trend penurunan harga, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel.

Faktor pergerakan harga pasaran minyak akan diambil kira, selain menyokong kestabilan harga.

Kesan perubahan harga minyak mentah dunia akan diteliti dan langkah bersesuaian akan diambil bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
terus terpelihara.

Bermula 10 Jun lalu, pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI menetapkan harga runcit diesel pada RM3.35 sen seliter.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...