Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.42 bilion dalam sistem konvensional dan RM18.91 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik, terdiri daripada tender bernilai RM1.5 bilion untuk 32 hari dan tender bernilai RM1 bilion untuk 92 hari serta tender repo berbalik Islam bernilai RM100 juta untuk 92 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19 bilion.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...