Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Pelaburan langsung domestik, enam GLIC labur RM120 bilion
Perniagaan

Pelaburan langsung domestik, enam GLIC labur RM120 bilion

Pelaburan langsung domestik, enam GLIC labur RM120 bilion

Foto Fail

PUTRAJAYA, 8 Ogos- Enam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) secara kolektif akan melabur RM120 bilion bagi tujuan pelaburan langsung domestik (DDI) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), komitmen pelaburan di bawah fasa pertama program GEAR-uP itu, menyasarkan industri berpertumbuhan dan bernilai tinggi seperti peralihan tenaga serta semikonduktor.

\”Enam GLIC terlibat ialah Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (Diperbadankan) KWAP, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT),\” menurut kenyataan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendekatan keseluruhan negara diperlukan bagi mencapai sasaran-sasaran kerangka Ekonomi MADANI.

Beliau menyatakannya selepas taklimat di GEAR-uP Gallery Walk di Dewan Utama Kompleks Kementerian Kewangan di Putrajaya, semalam.

Tambahnya, menerusi program itu GLIC akan meningkatkan tumpuan kepada pelaburan tempatan.

Modal dilabur juga akan memanfaatkan semua rakyat serta melahirkan ekosistem ekonomi baharu.

GLIC turut mempunyai daya kewangan bagi melonjakkan negara dalam rantaian nilai ekonomi.

Ia disokong jumlah Aset di Bawah Pengurusan bernilai lebih RM1.8 trilion, menghampiri saiz keluaran dalam negara kasar nominal.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...