Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil disokong operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil disokong operasi BNM

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada Jumaat disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM30.22 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam pada RM19.28 bilion.

Bank pusat itu akan melaksanakan tender repo berbalik bernilai RM2 bilion selama 31 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM350 juta selama 94 hari.

Selain itu, BNM mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM32.2 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM19.6 bilion. – Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...