Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Pengukuhan ringgit beri impak positif kepada sektor yang bergantung kepada import
Perniagaan

Pengukuhan ringgit beri impak positif kepada sektor yang bergantung kepada import

Pengukuhan ringgit beri impak positif kepada sektor yang bergantung kepada import

Pensyarah Kewangan, Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Dr. Safwan Mohd Nor

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Pengukuhan nilai ringgit ketika ini memberi kesan positif dan manfaat terutama kepada sektor-sektor yang bergantung kepada import.

Menurut Pensyarah Kewangan, Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Dr. Safwan Mohd Nor, sektor berkaitan seharusnya menikmati kos import lebih rendah, seterusnya mendorong pengurangan dalam kos pengeluaran.

\”Sektor-sektor seperti pembuatan yang bergantung kepada bahan mentah dari luar negara mungkin melihat penurunan kos. Pengukuhan ringgit juga boleh mendorong kepada peningkatan pelaburan dalam sektor teknologi dan perkhidmatan yang lebih berasaskan pengetahuan memandangkan kos import teknologi akan berkurangan,\”katanya.

Beliau yang juga Penyelidik Bersekutu, Institut Kajian Ekonomi Strategik Victoria University Australia berkata, momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan dan berpotensi didagangkan lebih tinggi berbanding dolar daripada paras semasa.

Ini akan memberi sokongan kepada nilai ringgit yang ketika ini masih bawah nilai sebenar.

Langkah-langkah pembaharuan ekonomi dan kawalan fiskal berhemah akan menyumbang kepada keyakinan pelabur seterusnya membawa kestabilan ringgit dalam jangka panjang.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...