Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai
Perniagaan

Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai

Proton jual 2,585 unit model X50 pada Julai

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) mencatatkan satu lagi pencapaian pada Julai dengan penjualan Proton X50 yang dipertingkatkan sebanyak 2,585 unit selepas dilancarkan pada 4 Jun.

Menurut Proton, jualan model itu terus meningkat, dipacu permintaan pengguna yang semakin tinggi, ciri yang canggih dan sokongan rangkaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata prestasi jualan kereta itu pada Julai adalah bukti kepada usaha keras dan dedikasi seluruh pasukan di Proton yang peka terhadap maklum balas pelanggan.

“Gabungan prestasi, keselamatan dan ketersambungan model ini menarik minat pelanggan kami dan ini memenuhi keperluan mereka,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Roslan, pada masa sama, Proton telah membuat penambahbaikan dalam pengeluaran tempatan manakala peningkatan yang mengutamakan pelanggan telah memastikan Proton X50 kekal di hadapan mengatasi pesaing.

Proton turut memaklumkan prestasi jualan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen B itu yang kukuh telah memberi kesan kepada pelbagai demografik dan menarik perhatian pembeli lelaki dan wanita secara sama rata.

“Lebih daripada 60 peratus pelanggan berumur di antara 26 tahun dengan 50 tahun, menunjukkan daya tarikannya kepada kedua-dua profesional muda dan mereka yang berkeluarga,” menurut Proton.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...