Thursday , 5 December 2024
Home Politik UMNO mahu golongan muda miliki pekerjaan berkualiti melalui TVET
Politik

UMNO mahu golongan muda miliki pekerjaan berkualiti melalui TVET

UMNO mahu golongan muda miliki pekerjaan berkualiti melalui TVET

Foto: Shaifuldin Ahmad Foto: Shaifuldin Ahmad

JOHOR BAHRU, 26 Julai (Livevartha) — UMNO komited mahu golongan muda mendapat peluang pekerjaan berkualiti menerusi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menawarkan lebih 4,000 kursus kemahiran.

Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu, turut melibatkan golongan muda yang tidak mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bidang TVET menawarkan gaji premium selari dengan tahap Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang dimiliki mereka. SKM tahap 1 dan 2 menawarkan gaji minimum RM2,500, manakala SKM tahap 3 dan 4 menawarkan gaji lebih RM4,000.

“TVET di Malaysia menawarkan lebih 4,000 kursus. Kadar kebolehpasaran graduan TVET di bawah MARA mencecah 98.7 peratus, ini sekali gus menunjukkan graduan TVET diterima pasaran kerja. Ini adalah agenda UMNO,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau di Dewan Muafakat Johor Taman Adda di sini malam ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Abdul Halim Suleiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata usaha itu, selari dengan pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), yang bakal menjadikan Johor negeri tertinggi menerima pelaburan asing di negeri ini.

“Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah bertemu saya dan berbincang tentang JS-SEZ. Saya lihat data sebanyak 73,000 peluang pekerjaan ditawarkan, tetapi hanya 56,000 yang memohon.

“Oleh sebab itu melalui TVET tidak perlu ada SPM atau berapa usia mereka, kerana kita buta warna dalam soal ini. Paling penting kita mahu anak muda ada pekerjaan berkualiti sekali gus mengurangkan pengangguran,”tegasnya.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...