Friday , 27 December 2024
Home Politik PMU 2024 Pemangkin Mahasiswa UMNO Sumbang Khidmat Bakti Kepada Masyarakat – Zambry
Politik

PMU 2024 Pemangkin Mahasiswa UMNO Sumbang Khidmat Bakti Kepada Masyarakat – Zambry

PMU 2024 Pemangkin Mahasiswa UMNO Sumbang Khidmat Bakti Kepada Masyarakat – Zambry

Kredit: FB Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Livevartha) –Persidangan Mahasiswa UMNO (PMU) 2024 perlu menjadi pemangkin untuk kepimpinan mahasiswa UMNO bergiat aktifmemberi khidmat bakti kepada masyarakat serta menyemarakkan lagi semangat anak muda menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata PMU 2024 jugamenjadi momentum kepada kesiapsiagaan anak muda untuk Perhimpunan Agung UMNO2024 yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok.

“Dalam ucapan saya, (saya) juga menyatakan bahawa UMNO merupakan medan melahirkan pemimpin. Kebanyakan ‘DNA’ (asid deoksiribonukleik) pemimpin datang daripada UMNO termasuklah pemimpin-pemimpin utama negara.

“Kekalkan warisan ini agar lebih ramai pemimpin yang bakal dilahirkan melalui mahasiswa UMNO bermula dari sekarang untuk masa hadapan,” katanya dalam catatan di Facebook.

Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) danMenteri Pendidikan Tinggiberkata PMU yang diadakan julung kalinya semalam mendapat penyertaan seramai 430 mahasiswa daripada 19 universiti awam di seluruh negara.

“PMU sebagai medan untuk mahasiswa berkumpul, bersidang, berbincang dan berdebat mengenai isu-isu semasa yang melibatkan mahasiswa khususnya belia-belia dalam negara.

“Sebanyak lima kluster usul berjaya dikumpul dan menjadi percambahan perbincangan iaitu usul ekonomi, politik, kerjaya, kebajikan dan pendidikan. Kesemua usul ini telah diangkat menjadi resolusi oleh mahasiswa UMNO untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan parti menjelang Perhimpunan Agung UMNO,” katanya.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...