Thursday , 26 December 2024
Home Politik Pemimpin UMNO perlu fokus perjuangan dasar, polisi manfaatkan rakyat – Tengku Zafrul
Politik

Pemimpin UMNO perlu fokus perjuangan dasar, polisi manfaatkan rakyat – Tengku Zafrul

Pemimpin UMNO perlu fokus perjuangan dasar, polisi manfaatkan rakyat – Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Kredit: FB – Tengku Zafrul

GEORGE TOWN, 27 Julai (Livevartha) — Pemimpin UMNO perlu lebih fokus kepada perjuangan dasar dan polisi yang membawa manfaat kepada rakyat, kataAhli Majlis Tertinggi parti ituTengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkatasebagai pemimpin, mereka juga perlu berusaha melakukan perubahan termasuk melontarkan idea baharu yang sekali gus dapat membantu UMNO untuk terus kekal relevan.

“Semua pemimpin UMNO dari peringkat bahagian hingga ke nasional perlu memainkan peranan untuk menunjukkan parti Melayu ini masih relevan di mata rakyat,” katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong 2024 di sini hari ini.

Turut hadirPengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Tanjong Datuk Jeffri Salim.

Tengku Zafrul berkata adalahmenjadi tanggungjawab ahli parti untuk menasihatipemimpin memandangkanrakyat sedang menilai UMNO.

Beliau turut menasihati ahli agar terusistiqamah dalam usaha untuk memperkuatkembali UMNO danmembina semula kepercayaan rakyat kepada parti itu.

–Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...