Friday , 27 December 2024
Home Politik Kemenangan BN Pada PRK Nenggiri Bukti Rakyat Tolak Politik Cerca – PM Anwar
Politik

Kemenangan BN Pada PRK Nenggiri Bukti Rakyat Tolak Politik Cerca – PM Anwar

Kemenangan BN Pada PRK Nenggiri Bukti Rakyat Tolak Politik Cerca – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah di Kompleks Seri Perdana, di sini, hari ini.

–fotoLivevartha (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

PUTRAJAYA, 18 Ogos (Livevartha) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri membuktikan bahawa rakyat menolak budaya politik yang penuh dengan cercaan dan fitnah.

Menyifatkan keputusan PRK DUN Nenggiri sebagai mengejutkan, Anwar berkata rakyat melihat kemampuan UMNO untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Melayu dan Orang Asli di kubu PAS dan Bersatu di Kelantan.

"Dijangka sukar laluannya bagi calon UMNO dan Kerajaan Perpaduan, tetapi keputusan ini mengejutkan. Ini menunjukkan rakyat menolak politik maki hamun, cerca dan fitnah.

"Ini (kemenangan) akan memberikan semangat baru kepada UMNO, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan untuk bekerja lebih kuat, yakin dengan pendirian kita.

"Insya-Allah, lambat-laun rakyat termasuk orang Melayu akan menerima kenyataan perubahan itu akan memberi manfaat kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada media.

Beliau berkata demikianselepas menjadi hosmajlis makan tengah hari sempena kunjungan hormat Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah di sini hari ini.

Anwar turut merakam ucapan tahniah kepada calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yangberjaya merampas semula kerusi DUN Nenggiri dengan kemenangan majoriti besar sebanyak 3,352 undi.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh 9,091 undi, menewaskan Mohd Rizwadi Ismail dari PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN), dengan meraih 5,739 undi.

— Livevartha

Related Articles

Politik

Bersatu perlu terbuka serah mandat Pas kemudi PN

Bersatu didakwa semakin lemah dan Pas patut diberi laluan kemudi PNPETALING JAYA:...

Politik

Kerugian FashionValet boleh bantu ratusan usahawan bumiputera

Dr. Kelvin Yii Lee WuenKUALA LUMPUR: Kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dicatatkan...

Politik

Radzi, Ronald, Peja menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Ronald Kiandee (kiri), Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) dan Radzi Jidin (kanan)...

Politik

‘Guan Eng jangan menangis minta bantuan lagi’

LIM GUAN ENGKUALA LUMPUR: Sebilangan kecil pemimpin Kerajaan Perpaduan didakwa masih terbawa-bawa...