Home Nasional Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan
Nasional

Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan

Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan

Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa mendahului senarai 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025.

Beliau dikurniakan Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Noridah Abdul Rahim yang turut dikurniakan SMW.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan pingat berkenaan di Balairung Seri, Istana Negara bersempena sambutanHari Wilayah Persekutuan2025hari ini.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil merupakan antara sembilan penerima Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Antara individu lain yang turut dikurniakan gelaran Datuk termasuk Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Azman Adnan, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Penasihat Undang-Undang Istana Negara, Zulharry Abdul Rashid.

Bagi tahun ini juga, seramai enam individu dikurniakan Johan Mahkota Wilayah (JMW), lima penerima Kesatria Mahkota Wilayah (KMW), empat individu pula menerima Ahli Mahkota Wilayah (AMW) dan enam penerima Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut mengiringi baginda adalah Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....