Home Nasional Yayasan Taqwa MAIWP salur RM200,000 bantu mangsa kebakaran paip gas
Nasional

Yayasan Taqwa MAIWP salur RM200,000 bantu mangsa kebakaran paip gas

Yayasan Taqwa MAIWP salur RM200,000 bantu mangsa kebakaran paip gas

Foto Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar

PUTRA HEIGHTS, 3 April – Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyalurkan sumbangan awal sebanyak RM200,000 bagi membantu mangsa insiden kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata ia adalah sebagai tanda solidariti dan keprihatinan untuk meringankan beban mereka yang sedang diuji dengan bencana itu.

\”Melihat sendiri kesan yang ditinggalkan serta mendengar cerita mangsa benar-benar menyentuh hati saya. Ini bukan sekadar angka, tetapi usaha kecil kami untuk meringankan beban saudara-saudari kita yang sedang diuji,\” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberikan penghargaan kepada semua agensi yang telah bertungkus-lumus membantu sejak awal kejadian serta mendoakan agar mangsa terus diberi kekuatan.

Tambahnya, kerajaan berjanji akan terus komited dalam membantu rakyat yang terkesan dengan bencana bagi memastikan kebajikan mereka terus terpelihara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....