Home Nasional Warga UiTM adakan solat hajat khas doa kesejahteraan Agong
Nasional

Warga UiTM adakan solat hajat khas doa kesejahteraan Agong

Warga UiTM adakan solat hajat khas doa kesejahteraan Agong

Warga UiTM mengadakan solat hajat di di Masjid UiTM Shah Alam / Foto UiTM

SHAH ALAM, 13 Februari-Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang juga Canselor universiti tersebut.

Menerusi satu kenyataan media, UiTM memaklumkan penganjuran majlis tersebut adalah untuk mempamerkan keprihatinan warga UiTM terhadap Yang di-Pertuan Agong.

\”Solat Hajat akan berlangsung dalam tiga sesi utama iaitu pada Rabu selepas Solat Zohor diikuti hari ini (Khamis) dengan bacaan Yasin dan Solat Hajat selepas Maghrib dan esok (Jumaat) usai solat Jumaat\”, maklum pihak UiTM dalam kenyataan berkenaan.

Dalam kenyataan tersebut, pihak UiTM turut memaklumkan majlis tersebut disertai oleh pengurusan tertinggi UiTM, staf akademik, staf pentadbiran, mahasiswa, serta warga kampus yang turut sama menzahirkan sokongan kepada baginda.

\”Seluruh warga UiTM menzahirkan doa agar KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan rawatan, dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.\”, jelas kenyataan tersebut.

Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Jumaat lalu memaklumkan Seri Paduka Baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.

Turut mengiringi baginda, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Terdahulu, semua masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin turut mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kesejahteraan baginda.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....