Home Nasional Warga emas jaga cucu OKU terima bantuan kewangan daripada PM
Nasional

Warga emas jaga cucu OKU terima bantuan kewangan daripada PM

Warga emas jaga cucu OKU terima bantuan kewangan daripada PM

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang warga emas, dikenali Mazanah Hashim, yang menjaga cucu orang kurang upaya (OKU) di Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian di Facebook Perdana Menteri, sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farzan Fauzi.

\”Di kesempatan yang ada, saya menyampaikan bantuan kewangan daripada Perdana Menteri bagi meringankan beban sekeluarga. Namun, usaha ini tidak terhenti di sini.

\”Insya-Allah, melalui kerjasama Zakat Pulau Pinang serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan susulan akan terus disampaikan bagi memastikan beliau keluar daripada kemiskinan tegar dengan segera.

\”Saya berharap dengan ikhtiar ini, Puan Mazanah dan keluarganya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik, tanpa lagi dihimpit kesusahan. Semoga masa depan mereka lebih terjamin dan dipermudahkan segala urusan,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....