Home Nasional Wanita lemas dihanyutkan 'kepala air' di Sungai Sedim
Nasional

Wanita lemas dihanyutkan 'kepala air' di Sungai Sedim

Wanita lemas dihanyutkan 'kepala air' di Sungai Sedim

Pada awal kejadian, bomba melakukan pencarian permukaan di sekitar kawasan sungai/Foto Bomba

KULIM, 2 November – Seorang wanita ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras akibat fenomena \’kepala air\’ ketika mandi bersama keluarganya di Taman Eco Rimba, Sungai Sedim, petang tadi.

Mayat mangsa, A. Kashutri, 41 ditemui pada pukul 5.50 petang oleh orang awam di kawasan Lubuk Buluh, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

\”Mangsa ditemukan di dalam air antara tebing sungai dan celahan batu dilaporkan hilang. Mangsa didapati telah meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak Poilis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,\” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 4.02 petang ketika mangsa sedang mandi bersama keluarganya sebelum dihanyutkan arus deras.

Katanya, mangsa bersama keluarga beriadah di taman rekreasi itu sempena Deepavali.

\”Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....