Home Nasional Wanita ditemukan maut dalam tandas
Nasional

Wanita ditemukan maut dalam tandas

Wanita ditemukan maut dalam tandas

FOTO HIASAN

IPOH, 15 Februari- Seorang wanita ditemukan maut dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan dekat Batu Gajah pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan oleh suami mangsa pada 9.33 pagi.

Beliau berkata pihak bomba telah menggerakkan sebuah jentera bersama empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

\”Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota bomba kemudian memotong kunci pintu tandas menggunakan peralatan khas.

\”Pihak kami mendapati mangsa yang berusia 44 tahun terbaring kaku dalam tandas dan telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM),\” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata mayat wanita itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 9.46 pagi.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....