Home Nasional Van terbakar, pemandu nyaris maut
Nasional

Van terbakar, pemandu nyaris maut

Van terbakar, pemandu nyaris maut

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah van di kawasan Medan Raya, Bintulu petang tadi. / Foto RTM

BINTULU, 8 Februari-Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila van yang dipandunya tiba-tiba terbakar dalam kejadian di kawasan Medan Raya, sekitar pukul 1.52 petang tadi.

Jurucakap Pasukan Alpha Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu berkata, sepasukan anggota bomba bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden bagi menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

\”Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati sebuah van telah terbakar sepenuhnya.

\”Anggota bomba bertindak pantas memadam kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 2.13 petang\”, katanya di sini.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....