Home Nasional Usaha pencarian M370 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Usaha pencarian M370 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Usaha pencarian M370 antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 November- Kaedah penentuan golongan T15, usaha pencarian MH370 serta langkah kerajaan dalam menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) akan mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri mengenai kaedah penentuan golongan T15 khususnya untuk penyasaran subsidi petrol RON95 bermula pertengahan tahun depan.

Aminolhuda juga ingin tahu keberkesanan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel yang diusahakan melalui Budi MADANI.

Pada sesi sama, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) meminta Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyatakan langkah drastik menyelesaikan kelewatan projek tebatan banjir dan kesan langsung daripadanya dalam menghadapi jangkaan banjir besar khususnya di Pantai Timur.

Turut menarik perhatian soalan Chong Zhemin (PH-Kampar) kepada Menteri Pengangkutan yang ingin tahu sama ada kerajaan masih berhasrat untuk meneruskan usaha mencari pesawat MH370 pada sesi soal jawab.

Usai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 yang memasuki hari terakhir hari ini sebelum diikuti sesi penggulungan oleh menteri daripada setiap kementerian selama empat hari bermula esok.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Oktober hingga 12 Disember depan.- BERNAMA

Related Articles

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor
Nasional

Tiga PBT laksana sembilan projek berimpak tinggi di Johor

Datuk Mohd Jafni Md Shukor mempengerusikan mesyuarat pembentangan \’timeline\’ gerak kerja &...

FCoEE laksana 36 program pendidikan  berimpak tinggi sepanjang 2024
Nasional

FCoEE laksana 36 program pendidikan berimpak tinggi sepanjang 2024

Foto RTMKANGAR, 8 Januari- Sepanjang tahun 2024, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE)...

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina
Nasional

10 keluarga asnaf terima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina

Foto RTMKANGAR, 8 Januari – Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina penghujung bulan...

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia
Nasional

Malaysia kenakan duti anti lambakan sementara PET dari China-Indonesia

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 7 Januari – Kerajaan membuat penentuan awal berhubung penyiasatan...