Home Nasional Usaha NRES lindungi Harimau Malaya, tingkat kadar kelahiran
Nasional

Usaha NRES lindungi Harimau Malaya, tingkat kadar kelahiran

Usaha NRES lindungi Harimau Malaya, tingkat kadar kelahiran

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad

TEMERLOH, 22 Julai – Usaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam melindungi Harimau Malaya telah menunjukkan kesan positif.

Antara pencapaian NRES ialah dimana sekurang-kurangnya 15 ekor Harimau Malaya telah dilahirkan secara semula jadi di Kelantan, Pahang, Perak dan Terengganu.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebanyak enam ekor Harimau Malaya telah ditempatkan di Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC).

Dalam pada itu, Nik Nazmi berkata sehingga Julai tahun ini, seramai 1,399 Renjer Komuniti dilantik bagi membantu membanteras pencerobohan dan pemburuan haram Harimau Malaya.

\”Sepanjang tahun 2019 hingga 2023, sebanyak 52 siri Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) telah dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dan dalam tempoh tersebut, sebanyak 2,145 jerat hidupan liar telah dimusnahkan.

\”Pada tahun ini sahaja, sebanyak enam siri OBK telah dijalankan di mana sebanyak 243 jerat hidupan liar telah dimusnahkan dan nilai sitaan mencecah RM8.8 juta,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Harimau Sedunia 2024 di Dataran Institut Biodiversiti Perhilitan Semenanjung Malaysia dan MTCC di Lanchang, di sini.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri\’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...