Saturday , 7 December 2024
Home Nasional UPSI perkenal modul Thalatha Tis’a perkasa pendidikan al-Quran.
Nasional

UPSI perkenal modul Thalatha Tis’a perkasa pendidikan al-Quran.

UPSI perkenal modul Thalatha Tis’a perkasa pendidikan al-Quran.

Penyerahan Sijil Penghargaan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Zambry Abdul Kadir kepada Tan Sri Idris Jusoh selaku penaung Thalatha Tis’a/Foto UPSI

PUTRAJAYA, 29 November –Ke arah membantu memperkasa pendidikan tahfiz negara, tiga pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, (UPSI) bekerjasama bagi membangunkan satu modul pendidikan al-Quran, dikenali sebagai Thalatha Tis’a

Modul inovatif itu bertujuan untuk membentuk generasi cemerlang, bukan sahaja berilmu, tetapi berakhlak mulia dan berdaya saing di peringkat global. Ia menumpukan kepada pembentukan hafazan al-Quran serta sahsiah, emosi, dan intelektual kanak-kanak seawal usia tiga hingga sembilan tahun.

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Kebangsaan (NCDRC), Prof. Madya Dr. Mazlina Mustafa, pelancaran modul tersebut adalah langkah besar dalam usaha memastikan kanak-kanak Malaysia mendapat pendidikan seimbang, bukan hanya dalam aspek akademik, tetapi juga dalam pembentukan sahsiah dan emosi.

\”Modul ini dirancang untuk mengimbangi keperluan intelektual, rohani, dan emosi kanak-kanak. Kami berharap ia akan memberi impak yang positif kepada generasi muda dan membantu mereka berkembang dengan nilai-nilai yang luhur,\” jelasnya.

\”Kami di NCDRC percaya bahawa pendidikan holistik adalah asas kepada pembangunan generasi cemerlang. Modul Thalatha Tis’a bukan sahaja memperkaya hafazan al-Quran, tetapi juga mendidik anak-anak untuk menguasai aspek emosi dan sahsiah.

\”Ini adalah langkah penting dalam memastikan kanak-kanak Malaysia berkembang dengan seimbang dan siap menghadapi cabaran global pada masa depan,\” tambah Prof. Madya Dr. Mazlina.

Modul Thalatha Tis’a itu dibangunkan menerusi kerjasama penyelidik UPSI, iaitu Prof. Madya Dr. Noralizawati Abdullah, Dr. Sakinah Salleh, dan Prof. Dr. Mohd Sahandri Hamzah.

Modul itu dilancarkan secara rasmi dalam program Putrajaya Festival of Ideas (FOI) 2024, di Putrajaya International Convention Centre (PICC), baru-baru ini. Hadir pada program itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk SeriZambryAbdulKadir dan Penaung Thalatha Tis’a, Tan Sri Idris Jusoh.

Putrajaya FOI 2024 menjadi platform bagi melahirkan idea-idea inovatif dalam dunia pendidikan dan penyelidikan, serta menyediakan ruang untuk bertukar pandangan tentang cabaran dan peluang dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak.

Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Dato DrMdAmin Md Taff berkata, pelancaran modul tersebut bukan sahaja memperkukuh kedudukan UPSI sebagai peneraju dalam penyelidikan pendidikan, malah memperlihatkan komitmen UPSI dalam memperkasakan pendidikan di peringkat nasional dan antarabangsa.

\”Pihak UPSI berbangga dapat menyumbang dalam pembangunan Modul Thalatha Tis’a yang menggabungkan pendidikan Islam dengan pendekatan moden dalam membentuk sahsiah, emosi, dan kecerdasan intelektual kanak-kanak, “ katanya ketika berucap pada pelancaran modul tersebut.

Selain pelancaran modul Thalatha Tis’a, majlis ini turut menyaksikan pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU) antara agensi-agensi Pendidikan; menyatakan komitmen mereka untuk bekerjasama dalam memajukan pendidikan kanak-kanak di Malaysia.

Related Articles

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+
Nasional

PM dijadual rasmi Penang Silicon Design @5km+

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMAGEORGE TOWN, 7 Disember– Perdana Menteri...

Banjir enam negeri beransur pulih
Nasional

Banjir enam negeri beransur pulih

FOTO BERNAMAKUALA LUMPUR, 7 Disember- Kemaskini jumlah penduduk terjejas banjir di enam...

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI
Nasional

300 penguat kuasa KPDN sertai Skuad Ihsan MADANI

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd...

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan
Nasional

YAPEIM sumbang RM50,000 bantu pengamal media dan penggiat seni tempatan

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 7 Disember- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan...