Home Nasional UMNO tidak teruskan perhimpunan solidariti Najib, Isnin ini
Nasional

UMNO tidak teruskan perhimpunan solidariti Najib, Isnin ini

UMNO tidak teruskan perhimpunan solidariti Najib, Isnin ini

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Januari– UMNO mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhimpunan solidariti menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Januari di Istana Kehakiman Putrajaya.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan itu atas prinsip menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan arahan Ketua Polis Negara.

Beliau berkata UMNO akur atas segala saranan titah Tuanku agar menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan dengan mengemukakan rayuan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

\”UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

\”UMNO menaruh sepenuh keyakinan atas keihsanan dan kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memberikan keadilan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak\”, katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, sebagai satu-satunya parti yang konsisten memperjuangkan dan mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti, UMNO sentiasa meletakkan keutamaan dan penghormatan tertinggi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

\”UMNO menjunjung hormat Titah Kenyataan Tuanku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berhubung dengan kuasa prerogatif menurut peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi apa jua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

UMNO turut merakamkan penghargaan kepada seluruh ahlinya yang menyatakan komitmen tinggi untuk memberikan sokongan moral, walaupun tiada arahan rasmi daripada ibu pejabat UMNO sebelum ini.

Related Articles

Tanah runtuh halang laluan utama ke Cameron Highlands
Nasional

Tanah runtuh halang laluan utama ke Cameron Highlands

Keadaan tanah runtuh di jalan besar Kampung Raja dekat simpang tiga Blue...

Najib tiba di Istana Kehakiman, kawalan keselamatan diperketatkan
Nasional

Najib tiba di Istana Kehakiman, kawalan keselamatan diperketatkan

Konvoi kenderaan yang membawa Najib tiba di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi...

Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air
Nasional

Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air

Foto BERNAMAIPOH, 5 Januari- Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan...

'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa- PM
Nasional

'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa- PM

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 5 Januari- Filem animasi terbaharu terbitan syarikat...