Home Nasional UMNO Kangar santuni asnaf menerusi Program Singgah Sahur
Nasional

UMNO Kangar santuni asnaf menerusi Program Singgah Sahur

UMNO Kangar santuni asnaf menerusi Program Singgah Sahur

FOTO UMNO BAHAGIAN KANGAR

KANGAR, 16 Mac- Pelbagai pendekatan dilaksanakan bagi menghayati Ramadan tahun ini, termasuk menerusi Program Singgah Sahur yang memberi tumpuan kepada keluarga asnaf di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kangar.

Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, berkata program ini melibatkan kepimpinan UMNO Bahagian bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) serta penduduk setempat yang turun padang menziarahi keluarga asnaf untuk bersahur bersama-sama.

“Makanan sahur disediakan oleh UMNO Bahagian Kangar, sekali gus memberi peluang kepada keluarga asnaf untuk berjimat dan menikmati suasana sahur secara berjemaah dengan masyarakat setempat. Ini juga menjadi ruang untuk berbincang mengenai kebajikan mereka,” katanya.

Setakat ini, tiga keluarga asnaf telah disantuni di DUN Sena, Bintong, dan Kayang dengan sokongan penuh daripada JPKKP serta penduduk. Lokasi terkini program ini adalah di Kampung Guar Ujung Batu, Kayang, selepas diadakan di Kampung Behor Inai, Bintong dan Taman Ira, Sena.

Selain sahur bersama, setiap keluarga turut menerima sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai bagi meringankan beban sepanjang Ramadan.

Program ini merupakan sebahagian daripada lebih 40 aktiviti Ramadan yang dirancang oleh UMNO Bahagian Kangar di seluruh kawasan Parlimen Kangar, bagi memperkukuh hubungan antara pemimpin dan komuniti setempat, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....