Home Nasional UMNO harus bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri- Tengku Zafrul
Nasional

UMNO harus bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri- Tengku Zafrul

UMNO harus bersatu padu, jauhi sifat serang sesama sendiri-  Tengku Zafrul

Foto: FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 22 Julai- UMNO perlu bersatu padu dan menjauhi sifat menyerang sesama sendiri, kata Ahli Majlis Tertinggi parti itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata jika perlu mengkritik ia perlu disampaikan sebaiknya menerusi platform yang disediakan.

\”Jika hendak mengkritik, pastikan ianya bersifat membina dan bukan membinasakan. Sudah tiba masanya kita kuatkan UMNO kerana rakyat sedang menilai kita,\” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun media sosialnya.

Tengku Zafrul berkata perkara itu disentuh pada ucapannya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai di sini semalam.

Menerusi hantaran itu, Tengku Zafrul juga menyifatkan kehadirannya ke mesyuarat tersebut sebagai \’sirih pulang ke gagang\’ kerana UMNO Bahagian Lembah Pantai merupakan permulaan beliau mendekati politik selepas mendaftar sebagai ahli pada 1998.

\”Walaupun sekarang dah jadi Ketua UMNO Bahagian Kota Raja di Selangor tapi UMNO Lembah Pantai masih dekat di hati saya,\” katanya.

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...