Home Nasional Umat Islam seluruh negara imarahkan masjid, tarawih malam ini
Nasional

Umat Islam seluruh negara imarahkan masjid, tarawih malam ini

Umat Islam seluruh negara imarahkan masjid, tarawih malam ini

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Mac- Kemeriahan menyambut kedatangan Ramadan 1446H mula dirasai dengan rata-rata umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan mengimarahkan masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih pertama secara berjemaah malam ini sebelum mula berpuasa esok.

Di SELANGOR, jalan menuju ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) sesak dengan kenderaan dan parkir masjid negeri itu yang mampu memuatkan sehingga 24,000 jemaah penuh.

Tinjauan Bernama mendapati pihak pengurusan MSSAAS mengambil inisiatif menyediakan khidmat kereta \’buggy\’ kepada jemaah yang terpaksa meletakkan kenderaan mereka di luar pekarangan masjid.

Di TERENGGANU, dianggarkan seramai 2,000 jemaah mengimarahkan Masjid Abidin di Kuala Terengganu bagi menunaikan solat tarawih yang diimamkan Syeikh Mohamed Abdul Hamed Kulaib, imam khas diterbangkan dari Mesir.

Begitu juga di Masjid Sultan Mansur dekat Jalan Kampung Sireh, Kota Bharu, KELANTAN; Masjid Sultan Ismail di Batu Pahat, JOHOR; Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bukit Mertajam, PULAU PINANG; dan Masjid Zahir, KEDAH, jemaah memenuhi ruang masjid bagi menunaikan ibadah ‘eksklusif’ yang hanya boleh dilakukan pada bulan penuh keberkatan untuk umat Islam berkenaan.

Di SARAWAK, tinjauan Bernama di Masjid Jamek Negeri di Kuching mendapati kira-kira 3,000 jemaah dari sekitar bandar raya itu hadir bagi menunaikan solat tarawih malam ini, meskipun dalam keadaan hujan renyai sejak petang tadi.

Suasana sama dirasai di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, SABAH, dengan lebih 1,000 jemaah mengimarahkan masjid dengan solat tarawih dipimpin ketua imam Mohd Zamzuhardi Zakaria Al-Hafiz.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....