Home Nasional Turkiye tawar kepakaran sektor tenaga hijau dan teknologi tinggi kepada Sarawak
Nasional

Turkiye tawar kepakaran sektor tenaga hijau dan teknologi tinggi kepada Sarawak

Turkiye tawar kepakaran sektor tenaga hijau dan teknologi tinggi kepada Sarawak

Tan Sri Abang Johari menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Tukiye Ke Malaysia, Emir Salim Yuksel

KUCHING, 26 Julai- Turkiye berminat untuk tawar kepakaran dan kerjasama dalam sektor tenaga hijau dan teknologi tinggi kepada Sarawak.

Menurut Duta Besar Republik Tukiye Ke Malaysia, Emir Salim Yuksel, kedua-dua syarikat tersebut mempunyai pejabat di Malaysia dan sedia memberi perkhidmatan yang mungkin diperlukan untuk Sarawak.

\”Premier Sarawak mempunyai visi yang jelas dalam bidang tenaga hijau, memajukan produksi berteknologi tinggi sangat menarik dan ini adalah beberapa perkara yang menjadi kepakaran Turkiye.

\”Kami mempunyai berberapa syarikat yang bekerja dalam bidang tersebut dan itulah yang saya ingin bawa sendiri kepada Premier Sarawak mengenai syarikat kami dan berbincang keupayaan serta bagaimana kami boleh mencapai sinergi antara syarikat kami dan Sarawak,\”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching.

Ini merupakan lawatan ketiga beliau ke Kuching untuk bertemu dengan Premier Sarawak.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....