Home Nasional TPM sempurnakan penutupan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 2025 fasa kedua
Nasional

TPM sempurnakan penutupan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 2025 fasa kedua

TPM sempurnakan penutupan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 2025 fasa kedua

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 2025 fasa kedua yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) / Foto RTM

SERDANG, 12 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Program Kerohanian Bina Insan MADANI 2025 fasa kedua yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini.

Majlis berkenaan yang bermula seawal pukul 4 pagi di Masjid UPM itu turut melibatkan kerjasama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang diterajui oleh beliau sendiri.

Kehadiran Fadillah mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan nilai kerohanian dan pembangunan sahsiah dalam kalangan golongan belia dan mahasiswa, selaras dengan agenda MADANI negara.

Program tersebut turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) melalui pendekatan pendidikan spiritual yang holistik dan menyeluruh.

Terdahulu, fasa pertama program itu telah dilaksanakan pada Mac lalu di UPM Kampus Bintulu dengan penyertaan lebih 600 peserta yang terdiri daripada pelajar Maahad Tahfiz serta komuniti setempat.

Penglibatan pimpinan tertinggi negara dalam program itu menjadi bukti bahawa pembangunan spiritual golongan muda terus diberi perhatian serius dalam mencorak masa depan negara yang lebih seimbang dan berakhlak.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....