Home Nasional TPM mahu elaun sukarelawan APM ditingkatkan kepada RM80 sehari
Nasional

TPM mahu elaun sukarelawan APM ditingkatkan kepada RM80 sehari

TPM mahu elaun sukarelawan APM ditingkatkan kepada RM80 sehari

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA

KAJANG, 8 April– Kadar elaun sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) akan dikaji dan dicadangkan untuk dinaikkan kepada RM80 sehari berbanding kadar RM40 sebelum ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha tersebut akan dibincangkan ke peringkat Jemaah Menteri bagi membolehkan ia diseragamkan dengan pasukan sukarelawan lain.

\”Kita tidak minta lebih, tetapi kita minta sama rata dengan lain-lain sukerelawan. Saya juga mahu supaya APM ini terus memainkan peranan yang boleh diiktiraf oleh masyarakat, selain kerajaan.

\”Insya-Allah, rakan karib saya Datuk Hj Fadilah akan bersama-sama saya dan Datuk Fahmi akan memperjuangkan agar elaun APM juga dinaikkan\”, katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penutupan Sambutan Bulan Pertahanan Awam Ke-73, di Ibu Pejabat Pertahanan Awam di Kajang, Selangor

Pada majlis tersebut, beliau turut menyerahkan watikah kepada 79 penerima pelantikan pegawai kehormat dan bersekutu APM.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik Ketua Pesuruhjaya Perdana (Pertahanan Awam), manakala Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....