Home Nasional TNB beri rebat 100 peratus kepada pengguna terjejas insiden di Putra Heights
Nasional

TNB beri rebat 100 peratus kepada pengguna terjejas insiden di Putra Heights

TNB beri rebat 100 peratus kepada pengguna terjejas insiden di Putra Heights

Petugas TNB giat menyiapkan kerja-kerja penukaran peti pembekalan (feeder pillar) yang turut musnah akibat insiden letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya, sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan untuk memastikan keselesaan penduduk/ TNB

KUALA LUMPUR, 3 April- Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberikan rebat 100 peratus bagi satu bulan bil secara one-off berdasarkan caj semasa bil bulan Mac2025 dan ia akan dikreditkan dalam bil elektrik bulan April bagi pelanggan terjejas akibat insiden letupan gas di Putra Heights.

TNB dalam satu kenyataan memaklumkan ia merupakan program tanggungjawab sosial (CSR) Bantuan Kebakaran TNB berhubung insiden itu.

Perkara itu termasuk tiada caj sambungan bagi permohonan semula bekalan elektrik untuk rumah yang mengalami gangguan bekalan akibat insiden itu dan tiada surcaj lewat bayar bagi bil semasa.

\”TNB juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa serta kontraktor berdaftar yang dilantikuntuk menjalankan pemeriksaan pendawaian, bagi memastikan sistem elektrik di rumah yang
terkesan dalam keadaan baik dan selamat.

\”Pada ketika ini, TNB telah membuka kaunter perkhidmatan berhampiran Bilik Gerakan Polismulai 2 April untuk memudahkan pengguna yang terjejas mendapatkan bantuan perkhidmatan berkaitan elektrik,\” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu pegawai TNB akan menghubungi semua pelanggan terkesan untuk mengatur bentuk bantuan yang akan disalurkan.

Selain itu pengguna juga boleh menghubungi Ketua Perhubungan Pelanggan TNB, Encik Thava, di talian 012-6060954 untuk sebarang maklumat lanjut.

\”TNB akan menilai inisiatif bantuan dari semasa ke semasa mengikut keperluan selanjutnya.TNB komited untuk terus memantau status bekalan elektrik di kawasan terjejas bagimemastikan keselamatan dan keselesaan penduduk.

\”TNB mendoakan kesejahteraan semua pihak yang terlibat dan berharap agar kerja-kerjapemulihan berjalan lancar,\” tambah kenyataan itu.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....