Home Nasional Tinjauan: 'Tender terbuka elak isu kabel dan taktik kotor'
Nasional

Tinjauan: 'Tender terbuka elak isu kabel dan taktik kotor'

Tinjauan: 'Tender terbuka elak isu kabel dan taktik kotor'

Tinjauan RTM di ibu negara hari ini

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Pelaksanaan tender terbuka diharap terus dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan kerajaan.

Itu suara rakyat Malaysia hasil tinjauan RTM di ibu negara hari ini susulan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada rasuah besar dilaporkan sepanjang dua tahun bawah pentadbiran beliau.

Menurut, Radeen Maz, pelaksanaan tender terbuka adalah langkah terbaik untuk mengelakkan ketidakadilan.

\”Pada pandangan saya, isu tender secara telus lebih baik kerana ia menekankan integriti. Jika kerajaan meneruskan prosedur ini, saya sokong sepenuhnya,\” katanya.

Pandangan serupa turut dikongsi oleh Mohammad Ifzal Aizat, yang menyifatkan tender terbuka sebagai cara memastikan persaingan sihat.

\”Bagi saya, tender terbuka lebih bagus kerana memberi peluang sama rata kepada semua. Ia mengelakkan isu seperti \’orang dalam\’ atau kabel, dan membolehkan semua orang mencuba berdasarkan kebolehan dan kemahiran mereka,\” jelasnya.

Sementara itu, Nor Zainah Mohd Hashim berpendapat pelaksanaan tender terbuka mampu mencegah amalan rasuah.

\”Bagi pandangan saya, memang elok kalau tak ada rasuah. Kita kena buat sistem yang adil tanpa melibatkan taktik kotor,\” katanya.

Semalam, Perdana Menteri menyatakan kerajaan berjaya memperkasakan tatakelola sehingga tiada skandal salah guna kuasa atau rasuah besar dilaporkan sepanjang dua tahun bawah pentadbiran beliau.

Anwar berkata demikian dalam amanat tahun baharunya bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan MADANI yang dipimpinnya menjalankan proses tender secara telus, sekali gus mencerminkan komitmen terhadap integriti dan keadilan.

Related Articles

Tanah runtuh halang laluan utama ke Cameron Highlands
Nasional

Tanah runtuh halang laluan utama ke Cameron Highlands

Keadaan tanah runtuh di jalan besar Kampung Raja dekat simpang tiga Blue...

Najib tiba di Istana Kehakiman, kawalan keselamatan diperketatkan
Nasional

Najib tiba di Istana Kehakiman, kawalan keselamatan diperketatkan

Konvoi kenderaan yang membawa Najib tiba di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya, pagi...

Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air
Nasional

Hujan lebat di Ipoh, beberapa rumah dinaiki air

Foto BERNAMAIPOH, 5 Januari- Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan...

'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa- PM
Nasional

'Dongeng Sang Kancil' mampu bersaing di peringkat antarabangsa- PM

Foto FB Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 5 Januari- Filem animasi terbaharu terbitan syarikat...