Home Nasional "Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron
Nasional

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

"Tingkat kefahaman agama dan budaya, demi keharmonian negara" – Aaron

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 16 Februari– Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi negara kini adalah kekurangan kefahaman masyarakat terhadap kepelbagaian agama dan budaya.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, isu itu sering menjadi punca salah faham yang membawa kepada pembentukan persepsi negatif terhadap etnik dan agama yang berbeza.

\”Persepsi yang negatif itu bukan saja menjejaskan hubungan antara kaum tetapi juga memburukkan lagi perasaan curiga dan ketegangan dalam masyarakat.

Oleh itu, amatlah penting untuk kita semua menyedari bahawa peningkatan kefahaman mengenai agama dan budaya pelbagai etnik harus menjadi satu agenda utama kita,\” kata Datuk Aaron kepada pemberita.

Beliau berkata dalam ucapannyapada majlis Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Harmoni 2025 dan Program Perarakan Harmoni di Dataran Merdeka yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Tambahnya, beliau mengiktiraf dan memahami nilai setiap agama dan budaya adalah langkah penting dalam memupuk keharmonian.

Kepelbagaian berkenaan, bukanlah halangan, tetapi peluang untuk meraikan kedudukan setiap bangsa dan agama dalam masyarakat kita.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....