Home Nasional Tiga rumah terbakar di Kuantan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Nasional

Tiga rumah terbakar di Kuantan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Tiga rumah terbakar di Kuantan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Foto Ihsan JBPM

KUANTAN, 26 Ogos– Tiga rumah jenis teres dua tingkat di Taman Gaya, Kuantan terbakar dengan sebuah daripadanya musnah 80 peratus, dalam tragedi awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dan Indera Mahkota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 pagi.

Menurutnya, salah sebuah teres berkeluasan 20×60 kaki persegi setiap satu unit itu hampir musnah dengan peratusan kebakaran 80 peratus manakala peratusan kebakaran rumah kedua dan ketiga kira-kira 20 peratus.

Bagaimanapun, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa.

Katanya, pihak bomba menggunakan aliran hos dan aliran salur bantu mula air tangki pam jentera bomba bagi memadam kebakaran itu.

Jelasnya, kerja-kerja penyejukan turut dilakukan bagi memastikan tiada lagi punca-punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.

Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 6.54 pagi sebelum operasi ditamatkan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....