Home Nasional Tiga mangsa maut di Lebuhraya KL-Karak dikenal pasti
Nasional

Tiga mangsa maut di Lebuhraya KL-Karak dikenal pasti

Tiga mangsa maut di Lebuhraya KL-Karak dikenal pasti

FOTO FACEBOOK POLIS Bentong

KUANTAN , 31 Mac- Polis telah mengenal pasti identiti tiga individu yang maut dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di KM 50.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak semalam.

Ketua Polis Daerah BentongPenguasa Polis (SP) Zaiham Mohd Kahar berkata mereka terdiri pemandu sebuah kereta iaitu seorang lelaki Wong Kean Yeap, 29, dan dua penumpang yang juga kakaknya Wong Hwee Moon, 34, serta ibu mereka Lee Lai Cheng, 61.

Beliau berkata tiga lagi penumpang kereta berkenaan lelaki warga tempatan berusia 33 tahun, dua kanak-kanak masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia lima serta tiga tahun cedera dalam kejadian itu dan dibawa ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan.

Turut tercedera ialah kelindan lori berusia 29 tahun manakala pemandu serta penumpang kenderaan lain terselamat.

\”Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah lori tiga tan dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan serta merempuh empat kenderaan lain,\” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Zaiham berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil membantu siasatan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....