Home Nasional Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Saurya Airlines di Kathmandu
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Saurya Airlines di Kathmandu

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas pesawat Saurya Airlines di Kathmandu

Keadaan pesawat yang rosak teruk selepas terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, Nepal hari ini/FOTO REUTERS

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas kerana insiden kemalangan udara yang melibatkan pesawat milik Saurya Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu, Nepal.

Bagaimanapun Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal sedang memantau dengan teliti kesan susulan daripada kemalangan itu.

\”Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

\”Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati, serta mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,\” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Wisma Putra memaklumkan, sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Bakhundole-3, Lalitpur, Kathmandu, Nepal (P.O Box 24372) atau hubungi +97715445680 / +97715445681 (umum) atau +977-9801008000 (kecemasan sahaja), atau e-mel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Terdahulu media antarabangsa melaporkan 22 terbunuh apabila sebuah pesawat domestik terhempas di Lapangan Terbang Tribhuvan di Kathmandu, Nepal.

Nahas berlaku kira-kira pukul 11 pagi waktu tempatan ketika pesawat berkenaan berlepas dari landasan.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...