Home Nasional Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi Istanbul
Nasional

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi Istanbul

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi Istanbul

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 23 April- Kementerian Luar Negeri hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.2 yang melanda Istanbul, Turkiye, pada Rabu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedang memantau rapat situasi semasa susulan gempa yang berlaku pada pukul 12.49 tengah hari waktu tempatan di Laut Marmara, berhampiran Daerah Silivri, Istanbul.

Melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, kementerian itu turut mengekalkan hubungan rapat dengan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas serta pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini.

Wisma Putra dalam masa sama menasihatkan rakyat Malaysia di Turkiye agar berwaspada, mematuhi semua arahan pihak berkuasa tempatan dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya sepanjang tempoh pasca-gempa.

Bagi tujuan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul, yang terletak di Polat Plaza, Sisli, melalui talian +90-212 989 10 01 (waktu bekerja) atau WhatsApp +90 531 716 05 51 (luar waktu bekerja). Pertanyaan juga boleh dikemukakan melalui emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Kementerian Luar Negeri akan terus memantau keadaan dan akan mengeluarkan sebarang maklumat lanjut jika diperlukan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....