Home Nasional Tiada permit kerja sah, empat awak-awak Myanmar ditahan
Nasional

Tiada permit kerja sah, empat awak-awak Myanmar ditahan

Tiada permit kerja sah, empat awak-awak Myanmar ditahan

APMM tahan sebuah vesel nelayan tempatan bersama lima awak-awak termasuk tekong/Foto APMM

KEMAMAN, 10 September– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Maritim Zon Kemaman telah menahan sebuah vesel nelayan tempatan bersama lima awak-awak termasuk tekong yang berusia diantara 39 hingga 54 tahun ketika sedang menangkap ikan.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, Vesel tersebut ditahan lebih kurang 11 Batu Nautika dari Kemaman kira-kira 10.11 pagi semalam ketika rondaan rutin OP IMAN dilakukan sekitar perairan Terengganu.

Hasil pemeriksaan mendapati, empat awak-awak warganegara Myanmar berada di atas vesel tersebut disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa surat kebenaran bertulis yang sah.

Vesel beserta tekong warga tempatan dan empat awak-awak warganegara Myanmar, hasil laut 1,200 kilogram dan anggaran minyak diesel 4,000 liter ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....