Home Nasional "Tiada dasar wajib caruman Simpanan Shariah KWSP"– Anwar
Nasional

"Tiada dasar wajib caruman Simpanan Shariah KWSP"– Anwar

"Tiada dasar wajib caruman Simpanan Shariah KWSP"– Anwar

Anwar Ibrahim/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Mac- Tiada dasar untuk mewajibkan caruman Simpanan Shariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ke atas pencarum beragama Islam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kerajaan menggalakkan masyarakat untuk memilih skim tersebut, mengambil kira kadar dividen bagi Simpanan Shariah KWSP 2024 yang menguntungkan.

\”Bagi saya, kesan ini penting. Rekod ini dengan sendirinya akan memberi galakan kepada umat Islam untuk memindahkan kepada Simpanan Shariah.

\”Sebab itu, kita tidak cadang mewajibkan, tetapi dengan bukti ini dan beberapa siri galakan dan penerangan, kita harap jumlah ini akan dapat ditambah.

\”Namun, tidak ada dasar mewajibkan, tetapi menggalakkan. Umat Islam sepatutnya diberi penjelasan apa erti perbankan beberapa instrumen kewangan,\” katanya di Dewan Rakyat di sini.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....