Home Nasional Tiada bukti kerosakan, tuntutan lebih RM31,000 ditolak TTPM Labuan
Nasional

Tiada bukti kerosakan, tuntutan lebih RM31,000 ditolak TTPM Labuan

Tiada bukti kerosakan, tuntutan lebih RM31,000 ditolak TTPM Labuan

FOTO RTM

LABUAN, 25 Julai- Sebanyak RM31,216.90 tuntutan Pihak Yang Menuntut (PYM) ditolak oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Labuan.

Keputusan itu diputuskan Presiden TTPM, Salmi Zalinah Abdul Rahim.

Ketika kes dibacakan, pihak menuntut telah membeli sebuah kenderaan terpakai pada Februari 2023 dan telah membuat bayaran deposit dan diberi jaminan selama satu minggu.

PYM telah diberi kemudahan sewa beli selama 60 bulan.

Berdasarkan keputusan TTPM, sebut harga pembaikan kenderaan tersebut dibuat pada bulan yang sama tuntutan di Tribunal Pengguna dibuat iaitu bertarikh 26 April 2024.

Sementara itu, sejak Mac 2023 kedua-dua pihak tidak berkomunikasi sehingga 12 Disember 2023 kereta pihak penuntut dimaklumkan akan ditarik balik.

Tribunal mendapati dalam tempoh lebih lapan bulan, PYM tidak dapat membuktikan bahawa kerosakan kenderaan disebabkan secara langsung oleh Pihak Penentang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....