Home Nasional Thaipusam: Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup berperingkat
Nasional

Thaipusam: Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup berperingkat

Thaipusam: Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup berperingkat

Hussein Omar Khan/RTM

GOMBAK, 6 Februari- Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Februari bersempena sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata penutupan jalan berkenaan bertujuan memastikan kelancaran lalu lintas di kawasan berkenaan susulan jangkaan kehadiran ramai pengunjung ke kuil itu sepanjang sambutan tersebut.

\”Jalan dan persimpangan yang akan ditutup termasuk lampu isyarat Kampung Melayu ke Batu Caves, susur daripada arah Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke Kuil Batu Caves, Jalan Perusahaan ke Kuil Batu Caves, serta susur MRR2 dari Sri Gombak ke Susur Perusahaan.

\”… begitu juga simpang tiga Jalan Seri Batu Caves 8/Jalan Batu Caves Lama, simpang tiga lampu isyarat Sri Batu Caves dan Jalan Susur Batu Caves Bypass menghala ke pintu utama Kuil Batu Caves,\” katanya dalam sidang media Op Palu sempena Thaipusam di Batu Caves, hari ini.

Tambah Hussien, seramai 1,306 anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan semasa perayaan Thaipusam dan kelancaran trafik ke kuil Batu Caves.

Orang ramai boleh merujuk kepada platform media sosial Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk maklumat terkini mengenai laluan alternatif yang disediakan.

BERITA BERKAITAN

  • Thaipusam: Tambang percuma bagi penumpang Komuter Lembah Klang

Related Articles

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA
Nasional

3,390 pelajar MRSM terima manfaat Program Budi MARA

Seramai 3,390 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menerima manfaat menerusi inisiatif...

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim
Nasional

TLDM tingkat pengawasan, tangani cabaran maritim

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 19 Mac – Strategi pertahanan maritim Malaysia...

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri
Nasional

Empat hentian R&R sementara di LTU siap sebelum Aidilfitri

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail KUANTAN, 19 Mac...

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China
Nasional

UM-Universiti Peking perkukuh kerjasama inovasi Malaysia-China

Seramai 28 pelajar dari Persatuan Kejuruteraan Universiti Malaya (Engineering Society of Universiti...